fb fb fb fb fb

Parlimen Eropah larang kakitangan guna TikTok

(Foto AFP)

BRUSSELS, 1 Mac- Parlimen Eropah mengharamkan aplikasi TikTok pada telefon kakitangan mereka atas faktor keselamatan susulan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai siapa yang mengakses data penggunanya.

Larangan tersebut turut terpakai untuk peranti peribadi yang dimuatkan e-mel parlimen dan akses rangkaian.

Presiden Parlimen, Roberta Metsola, dan Setiausaha Agung, Alessandro Chiocchetti memberitahu, TikTok tidak boleh digunakan atau dipasang pada peranti kakitangan seperti telefon bimbit, tablet atau komputer riba mulai 20 Mac depan.

Nota arahan terbabit dihantar kepada kira-kira 8,000 kakitangan institusi itu.

Suruhanjaya Eropah dan Majlis EU minggu lalu melarang kakitangan menggunakan TikTok di telefon bimbit mereka, yang mengetengahkan kebimbangan terhadap syarikat dimiliki firma China, ByteDance.

Wujud juga kebimbangan sama ada kerajaan China boleh menggunakan aplikasinya untuk mengumpul data atau mengetengahkan kepentingannya, namun TikTok dengan keras menafikan Beijing mempunyai sebarang kawalan atau akses.

TikTok diharamkan penggunaannya dalam peranti milik kakitangan kerajaan Senat AS, dan Kanada turut membuat keputusan sama semalam. -AFP



(Foto AFP)

Media Baharu