fb fb fb fb fb

Pemilik bar Vietnam ditahan selepas 32 orang maut dalam kebakaran

(Bahagian luar bar Karaoke An Phu yang terbakar di wilayah Binh Duong, utara banda raya Ho Chi Minh/AFP)

HANOI, 17 September- Pihak berkuasa Vietnam telah menahan pemilik sebuah bar karaoke yang terbakar dan menyebabkan kematian 32 orang awal bulan ini, kata polis.

Kebakaran melanda premis hiburan tiga tingkat itu sembilan hari lalu di kawasan perumahan padat di bandar Thuan An, utara hab komersial Ho Chi Minh City.

Ia memerangkap pelanggan dan kakitangan ketika asap memenuhi tangga dan menghalang pintu keluar kecemasan.

Tujuh belas orang cedera, dengan ramai yang mengalami patah tulang selepas api memaksa mereka terjun dari bumbung, kata polis.

Polis wilayah Binh Duong menerusi satu kenyataan mengesahkan bahawa pemilik bar Le Anh Xuan, 42 tahun, telah ditahan dan akan menghadapi pertuduhan jenayah berkaitan pelanggaran peraturan pencegahan kebakaran.

Dia akan ditahan dalam tahanan selama empat bulan sementara siasatan diteruskan, tambah polis.

(Pemilik bar Vietnam ditahan selepas 32 orang maut dalam kebakaran/AFP)

15 daripada mereka yang cedera telah dikeluarkan dari hospital, manakala dua yang paling parah masih menerima rawatan perubatan.

Mayat 32 orang yang terbunuh telah diserahkan kepada keluarga mereka.

Anggota bomba pada mulanya bergelut untuk memasuki bangunan itu kerana api yang marak dan terpaksa menumbangkan sebahagian dinding untuk masuk ke dalam.

Enam puluh orang berada di dalam bar 30 bilik itu apabila kebakaran berlaku dan lapan orang ditemukan mati di dalam tandas. -AFP

Media Baharu