fb fb fb fb fb

London: Lelaki tikam dua pegawai polis didakwa dengan cubaan membunuh

(FOTO AFP)

LONDON, 18 September - Seorang lelaki didakwa dengan cubaan membunuh pada Sabtu berikutan menikam dua pegawai polis, menurut Scotland Yard.

Mohammed Rahman, 24 tahun, dari barat London, didakwa dengan cubaan membunuh seorang konstabel lelaki dan menyebabkan kecederaan parah dengan niat terhadap seorang konstabel wanita akibat tikaman tersebut pada Jumaat di Leicester Square, kata ibu pejabat polis London.

Rahman juga didakwa melakukan serangan dan dua pertuduhan mengugut seseorang di tempat awam serta pertuduhan berkaitan tiga konstabel lain, selain didakwa melakukan rompakan.


(Pegawai polis membuat pemantauan di Shaftesbury Avenue di tengah London,
berikutan insiden tikaman dua pegawai polis/AFP)

Beliau dijangka hadir di mahkamah di barat daya London pada Isnin ini.

Polis London mengerahkan bilangan pegawai terbanyak dalam sejarah untuk istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II pada hari Isnin, dengan pemimpin dari seluruh dunia dijangka hadir memberi penghormatan terakhir kepada raja paling lama berkhidmat di negara itu.

Media Baharu