fb fb fb fb fb

Pemilihan Umum, Pilihan Raya Presiden Indonesia 14 Februari 2024

JAKARTA, 25 Januari - Indonesia dijadual mengadakan Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) secara serentak pada 14 Februari 2024.

Ia selepas kesepakatan dicapai antara dalam mesyuarat bersama Dewan Perwakilan Rakyat, DPR, Kementerian Dalam Negeri, Komisi Pemilihan Umum (KPU) dan Bawaslu di Parlimen.

Antara News melaporkan, mesyuarat itu juga bersetuju menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) pada 27 November 2024.

Selain itu, ketetapan program dan jadual pelaksanaan Pemilu 2024 akan ditetapkan selepas penelitian DPR, kerajaan dan badan-badan berkaitan.

KPU mengusulkan cadangan supaya tempoh kempen disingkatkan selama empat bulan atau 120 hari bermula 14 Oktober 2023.

Namun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula mencadangkan supaya kempen berlangsung selama 90 hari sahaja.

Ia bagi memudahkan semua urusan dan berpendapat kempen juga boleh dibantu penggunaan teknologi terkini seperti media sosial.

Media Baharu