fb fb fb fb fb

Pekhidmatan internet Yemen kembali pulih, selepas 4 hari serangan udara

FOTO AFP

ADEN, 25 Januari - Pekhidmatan internet di Yemen kembali tersedia selepas terputus empat hari susulan serangan udara di negara itu.

Kekangan capaian sebelum ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat mangsa awam yang cedera terbatas.

Pemantau laman web, NetBlocks mengesahkan perkhidmatan internet telah kembali.

Ia membolehkan media bebas dan kumpulan hak asasi manusia kembali menjalankan tugas mereka yang terkekang sebelum ini.

Turut mendapat manfaat, pasukan penyelamat yang banyak bergantung kepada perkhidmatan terbabit.

Siri serangan udara oleh pakatan tentera diketuai Arab Saudi ke atas fasiliti telekomunikasi di Hodeida, Khamis lalu dipercayai menjadi faktor gangguan perkhidmatan.

Ia berlaku serentak dengan serangan di sebuah penjara yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 maut dan lebih 100 cedera.

Arab Saudi bagaimanapun menafikan ada mengarahkan serangan ke atas fasiliti terbabit.

Media Baharu