fb fb fb fb fb

Tsitsipas mara ke suku akhir, tewaskan Fritz dalam aksi 5 set

MELBOURNE, 25 Januari - Tenis Terbuka Australia, pilihan keempat, Stefanos Tsitsipas terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya menyingkirkan Taylor Fritz dari Amerika Syarikat untuk mara ke suku akhir.

Pada aksi pusingan keempat itu, Tsitsipas bangkit dua kali sebelum menang dalam pertarungan 5 set, 4-6, 6-4, 4-6, 6-3 dan 6-4.

Bintang Greece itu menerima tentangan sengit daripada Fritz yang memburu rekod pemain lelaki Amerika Syarikat pertama mara ke suku akhir Grand Slam dalam masa 2 tahun.

Namun, pengalaman jelas membantu Tsitsipas untuk mencipta kemenangan, sekali gus layak ke peringkat suku akhir buat kali ketiga di Melbourne dalam kariernya.

Pemain berusia 24 tahun itu akan berdepan pilihan ke-11 dari Itali, Jannik Sinner bagi perebutan slot ke separuh akhir.

Media Baharu