fb fb fb fb fb

Sudah kali ke-5 bulan ini, Korea Utara lancar peluru berpandu

FOTO AFP

SEOUL, 25 Januari- Korea Utara dipercayai melepaskan dua peluru berpandu pagi tadi, dipercayai kali ke-5 bulan ini, menurut sumber tentera Korea Selatan.

“Korea Utara dipercayai melepaskan dua peluru berpandu,” jelas kenyataan Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) tanpa memberi perincian lanjut.

Agensi risikan AS dan Korea Selatan sedang menganalisis ujian tersebut, tambah JCS.

Pyongyang secara konsisten menolak tawaran rundingan oleh Amerika Syarikat (AS) meskipun sekatan baharu telah dikenakan yang disifatkan Pyongyang sebagai retorik Washington.

Sejak pemimpin Kim Jong Un menyatakan komitmen untuk memodenkan tentera semasa berucap dalam perhimpunan parti hujung tahun lalu, Korea Utara terus menjalankan beberapa ujian senjata nuklear.

Susulan itu, Washington telah melaksanakan sekatan baharu yang disifatkan Pyongyang sebagai provokasi dan sebagai tindak balas, Pyongyang meneruskan ujian nuklear dan senjata jarak jauh mereka.

Pelancaran peluru berpandu Korea Utara, tidak diharamkan bawah rejim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PPB) semasa.

Ujian terbaharu itu dilakukan tatkala sekutu mereka Pyongyang, China akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk bulan depan manakala Korea Selatan pula bersedia untuk pilihan raya presiden Mac ini. -AFP

Media Baharu