fb fb fb fb fb

UK hapus syarat ujian saringan COVID-19

FOTO AFP

LONDON, 25 Januari- United Kingdom menghapuskan syarat ujian saringan COVID-19 bagi mereka yang memasuki England.

Ini merupakan antara strategi menangani pandemik dalam perlaksanaan fasa baharu.

Berkuat kuasa 11 Februari, ujian saringan dan kuarintin tidak lagi diwajibkan bagi pengembara lengkap vaksin yang tiba ke negara itu.

Menurut Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps, langkah itu diambil memandangkan jumlah kes jangkitan semakin berkurangan.

Perkara ini membolehkan perjalanan menjadi lebih murah dan mudah.

Dalam masa sama, kuarantin bagi mereka yang tidak divaksin juga akan dihapuskan.

Namun golongan ini perlu menjalani ujian PCR sebelum dan selepas ketibaan di negara itu.

UK juga akan mula iktiraf vaksin dari 16 negara lain, termasuk China dan Mexico. -AFP

Media Baharu