fb fb fb fb fb

Pemilihan Presiden Itali, 24 Januari ini

FOTO AFP


ROME, 4 Januari
- Itali bakal memilih pemimpin tertinggi negara itu pada 24 Januari ini.

Perdana Menteri Mario Draghi yang merupakan calon disukai ramai dijangka menang jawatan presiden.

Pengumuman tarikh pemilihan itu dibuat parlimen selepas penyandang sedia ada, Sergio Mattarella akan menamatkan penggal tujuh tahunnya pada 3 Februari nanti.

Pemilihan akan melibatkan undian wakil parlimen dan dewan undangan negeri.

Tiada calon rasmi diumum bagi menggantikan Mattarella.

Namun Perdana Menteri yang juga bekas Ketua Bank Pusat Eropah diramal menjadi calon pilihan.

Selain Draghi, bekas Perdana Menteri dan taikun media, Silvio Berlusconi juga dijangka mencalonkan diri.

Turut diramal merebut jawatan itu, bekas yang dipertua dewan rakyat Ferdinando Casini, Pesuruhjaya Kesatuan Eropah, Paolo Gentiloni dan Menteri Keadilan, Marta Cartabia.

Jawatan presiden bakal ditentukan menerusi undi rahsia oleh seribu senator dan ADUN. - AFP

Media Baharu