fb fb fb fb fb

14 maut insiden tanah runtuh tapak pembinaan di Giuzhou


FOTO AFP
 

BIJIE, 4 Januari - Sekurang-kurangnya 14 maut dalam insiden tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Guizhou, China.

Setakat ini, hanya tiga pekerja dapat diselamatkan.

Kejadian berlaku petang semalam.

Operasi mencari dan menyelamat menemukan 14 mayat di sebalik runtuhan.

Punca sebenar insiden masih disiasat.

Kemalangan membabitkan sektor pembinaan dan industri merupakan sesuatu yang lazim di China. - AFP

Ini kerana negara terbabit sering mengamalkan piawaian keselamatan yang rendah. - AFP

Media Baharu