MANILA, 5 Januari - Berkuat kuasa hari ini perintah sekatan COVID-19 di Manila akan diperluas susulan peningkatan jangkitan.
Sekatan dikenakan sehinggga tengah bulan dan melibatkan 11 juta penduduk.
Perintah dikeluarkan sehari selepas Manila beralih ke Tahap Amaran Ke-3.
Menerusi sekatan itu penduduk tidak divaksin dilarang keluar rumah kecuali untuk membeli barang keperluan atau bersenam.
Restoran, taman, gereja dan salun kecantikan akan beroperasi pada kapasiti lebih rendah.
Kelas secara bersemuka dan beberapa jenis sukan digantung.
Menurut data, sekitar 70 peratus penduduk di Metro Manila lengkap divaksin namun kurang daripada separuh penduduk negara itu diberi vaksin lengkap - AFP