fb fb fb fb fb

Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 Indonesia, 12 Januari

INDONESIA, 5 Januari - Bermula 12 Januari ini populasi dewasa Indonesia akan mula menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

Dianggarkan 21 juta orang layak menerima suntikan itu.

Menurut Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin pemberian diberi kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang telah lengkap suntikan vaksin COVID-19 untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.

Vaksin penggalak akan diberi kepada daerah atau bandar dengan kriteria kadar vaksinasinya mencapai 70 peratus bagi dos pertama dan 60 peratus dos kedua.

Terdapat 244 kawasan dan bandar yang telah memenuhi kriteria itu.

Setakat ini, Indonesia telah memperoleh 113 juta dos.

Negara itu memerlukan 230 juta dos penggalak bagi menjayakan program - AFP

 

Media Baharu