fb fb fb fb fb

2,000 kes varian Omicron dikesan di Thailand

THAILAND, 5 Januari - Penduduk Thailand digesa untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi membendung penularan wabak akibat daripada varian Omicron.

Sehingga kini lebih 2,000 kes membabitkan varian Omicron dikesan di negara tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Suakit Sirilak berkata Bangkok mendahului senarai dengan jumlah kes Omicron tertinggi iaitu 585, termasuk 7 jangkitan tempatan.

Ia diikuti Wilayah Timur Laut Kalasin (233 kes), Roi Et (180 kes), Phuket (175 kes), Chonburi (162 kes) dan Samut Prakan (106 kes).

Katanya Omicron menyumbang hampir 20 peratus daripada keseluruhan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan - BERNAMA

Media Baharu