fb fb fb fb fb

Kadar jangkitan Omicron yang tinggi, meningkatkan risiko kemunculan varian baharu lebih berbahaya - WHO

EROPAH, 5 Januari - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kadar jangkitan Omicron yang lebih tinggi di seluruh dunia, boleh mengakibatkan kesan sebaliknya.

Pegawai Kanan Kecemasan WHO di Eropah, Catherine Smallwood berkata ia boleh meningkatkan risiko kemunculan varian baharu yang lebih berbahaya.

Eropah merekodkan lebih 100 juta kes COVID-19 sejak pandemik bermula dan lebih 5 juta kes baharu dicatatkan minggu lalu.

Katanya, rantau itu berada dalam fasa berbahaya yang menyaksikan kadar jangkitan lebih tinggi di Eropah Barat.

Britain berdepan dengan kekurangan kakitangan hospital berikutan gelombang penularan Omicron.

Senario sama dijangka berlaku di beberapa negara Eropah lain - AFP

 

Media Baharu