TOKYO, 24 Ogos- Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba pada Sabtu mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pemilihan Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 27 September depan bagi menggantikan Perdana Menteri, Fumio Kishida.
Dalam wawancara bersama Reuters Ishiba menyokong dasar Bank of Japan untuk secara beransur-ansur menaikkan kadar faedah, dengan menyatakan dasar normalisasi kewangan yang sangat longgar dapat menurunkan harga dan meningkatkan daya saing industri.
Kishida dijangka akan meletak jawatan pada September, mengakhiri tempoh tiga tahun sebagai pemimpin Jepun, negara ekonomi keempat terbesar di dunia.-REUTERS