fb fb fb fb fb

Serangan Houthi cetus kebakaran kapal tangki minyak Greece

Foto: REUTERS

KAHERAH, 24 Ogos- Tiga kebakaran berlaku di sebuah kapal tangki minyak yang mengibarkan bendera Greece di Laut Merah, kata Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom semalam, sehari selepas anggota penyelamat memindahkan anak kapalnya susulan serangan puak Houthi.

Kelmarin, puak Houthi yang bersekutu dengan Iran dan menguasai kawasan menempatkan penduduk paling ramai di Yaman.

Mereka mendakwa menyerang kapal tangki minyak Sounion sebagai sebahagian daripada kempen selama 10 bulan ke atas perkapalan komersial bagi menyokong rakyat Palestin susulan perang Israel dan Hamas di Gaza.

Kumpulan itu merosakkan kapal tangki terbabit Rabu lalu dengan melakukan serangan berulang, semalam yang menyebabkan kebakaran dan kegagalan kuasa enjin kapal berkenaan.

Sebuah kapal perang Eropah kemudiannya menyelamatkan 25 orang kru kapal terbabit.

Menurut sumber keselamatan maritim kepada Reuters semalam, kapal yang tidak berlayar itu berlabuh di antara Yaman dan Eritrea.

Pada Jumaat, agensi keselamatan maritim Britain (UKMTO) memberitahu pihaknya menerima laporan mengenai tiga kebakaran di atas kapal terbabit.

Pada hari sama, Houthi menyiarkan video di media sosial, menunjukkan mereka membakar kapal tangki itu.

Menurut misi tentera Laut Merah Kesatuan Eropah, Aspides, kapal tangki yang rosak dan membawa 150,000 tan metrik minyak mentah itu boleh mendatangkan bahaya kepada alam sekitar.

"Potensi tumpahan boleh membawa akibat buruk kepada persekitaran marin di rantau ini," kata Penguasa Pelabuhan dan Zon Bebas Djibouti dalam catatan di laman media sosial X, semalam.

Menurut Persekutuan Pencemaran Pemilik Tangki Antarabangsa (ITOPF), tumpahan sumber kapal terbesar pernah direkodkan pada 1979.

Dalam insiden itu, kira-kira 287,000 tan minyak tertumpah dari kapal Atlantic Empress selepas ia bertembung dengan kapal pengangkut minyak mentah lain di Laut Caribbean, di luar pantai Tobago ketika cuaca ribut.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI