fb fb fb fb fb

Pemenang pingat emas Olimpik dipenjara atas penipuan loteri

Manus Boonjumnong/ AFP

BANGKOK, 20 Disember - Seorang peninju pemenang pingat emas Olimpik, Manus Boonjumnong, 45 dipenjarakan di Penjara Reman Bangkok selepas ditahan di wilayah Nonthaburi.

Beliau diburu polis kerana gagal hadir ke mahkamah atas kes penipuan loteri. Polis memaklumkan penahanan Boonjumnong dilakukan pada Jumaat. Beliau dikehendaki kerana gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi dua pertuduhan penipuan.

Boonjumnong, pernah memenangi pingat emas Olimpik Athens 2004 serta pingat perak di Beijing empat tahun kemudian, didapati menipu mangsa melibatkan kerugian kira-kira dua juta baht (AS$64,000) berkaitan kuota tiket loteri kerajaan pada 2021.

Beliau sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun sembilan bulan, namun gagal hadir ke mahkamah bagi proses hukuman awal tahun ini.

Pada Jumaat, mahkamah mengarahkan Boonjumnong dipenjarakan di Penjara Reman Bangkok.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI