fb fb fb fb fb

Pemberontak Myanmar serang bandar sempadan utama

(Tentera Pembebasan Kebangsaan Karen mengambil bahagian dalam perarakan untuk ulang tahun ke-70
revolusi Karen di pangkalan terpencil di sempadan Thai-Myanmar pada 2019/Foto fail AFP)

YANGON, 21 Oktober- Kumpulan pemberontak Karen di Myanmar melancarkan serangan ke atas sebuah bandar berhampiran sempadan utama dengan Thailand, hari ini.

Serangan dilancarkan seawal pukul 7 pagi, waktu tempatan di Kawkareik.

Menurut saksi, pertempuran antara kumpulan bersenjata itu dengan tentera masih berlaku.

Kumpulan bersenjata itu cuba menyerang pejabat-pejabat kerajaan.

"Kami mendengar tembakan senjata berat," kata mereka, sambil menambah bahawa tiga orang awam dilaporkan terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 telah dihantar ke hospital.

Jurucakap Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) berkata, pejuangnya sedang memerangi tentera junta di pelbagai lokasi di sekitar bandar itu.

Tentera melakukan beberapa serangan udara untuk menyokong tenteranya di darat, katanya.

"Kedua-dua pihak mengalami kecederaan, tambahnya, tanpa memberikan butiran.

(Imej yang dirakam pada Mac 2021 kem Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU)/
Tentera Pembebasan Kebangsaan Karen (KNLA) di negeri Kayin, Myanmar/Foto fail AFP)

"Kami bersembunyi di ruangan bawah tanah,” kata seorang penduduk bandar itu kepada AFP.

"Di depan mata saya, saya melihat seorang penjual terbunuh dalam letupan," tambahnya.

Seorang penduduk bandar berhampiran memberitahu mereka telah mendengar tembakan artileri berulang kali.

"Kira-kira empat jet pejuang telah terbang melintasi langit berkali-kali," kata mereka, meminta namanya dirahsiakan.

"Kami takut. Sesetengah orang meninggalkan bandar untuk keselamatan."

Myanmar mempunyai lebih 20 kumpulan pemberontak etnik, kebanyakannya memegang wilayah di kawasan sempadan negara itu.-AFP

Media Baharu