
KUCHING, 24 April– Seorang wanita warga Australia yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Santubong semalam, ditemukan selamat hari ini.
- Mangsa, Belinda Lapier, ditemui pada pukul 11.59 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas operasi memasuki hari kedua.
- Menurut JBPM Sarawak, wanita itu hanya mengalami kecederaan ringan.
- Mangsa dipercayai tersasar dari laluan F10 sebelum sesat ketika menuruni puncak gunung.
- Operasi menyelamat menghadapi laluan curam hampir 90 darjah serta halangan batu dan pokok besar.
Mangsa, Belinda Lapier, ditemui pada pukul 11.59 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas operasi memasuki hari kedua.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi kenyataan memaklumkan, wanita itu hanya mengalami kecederaan ringan.
“Mangsa dipercayai tersasar dari laluan F10 sebelum sesat ketika dalam perjalanan turun dari puncak gunung.
Operasi menyelamat berdepan cabaran termasuk laluan curam hampir 90 darjah serta halangan batu dan pokok besar,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, pasukan SAR berjaya mengesan lokasi mangsa sebelum membawanya keluar ke jalan utama.
Operasi melibatkan JBPM dengan kerjasama polis dan renjer hutan.