fb fb fb fb fb

Pembangkang Venezuela tuntut peralihan politik

Foto REUTERS

CARACAS, 16 Ogos- Calon pembangkang Venezuela, Edmundo Gonzalez Urrutia yang mendakwa berjaya menewaskan Presiden Nicolas Maduro pada pilihan raya negara itu pada Julai lalu mendesak agar Maduro membenarkan peralihan politik di negara Amerika Selatan tersebut dilakukan bagi membolehkan negara itu bergerak ke hadapan.

"Saya merayu kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro agar menghormati kehendak rakyat. Anda sedang bermain dengan jutaan nyawa rakyat", kata Gonzalez Urrutia di dalam video yang dimuatkan di media sosial sambil meminta agar Maduro membenarkan proses peralihan itu berlaku.

"Ekonomi Venezuela semakin merosot setiap hari dengan tiada sebarang penyelesaian politik dilakukan. Anda bertanggungjawab terhadap tragedi ini", katanya.

Ketiadaan peralihan politik di Venezuela bermakna tiada sebarang harapan bagi menarik pelaburan yang signifikan ke negara ini", tambahnya.

Terdahulu, pada Julai lalu, Majlis Pilihan Raya Venezuela mengisytiharkan Nicolas Maduro memenangi pilihan raya dengan undian 52 peratus sekali gus membolehkannya menerajui Venezuela buat penggal ketiga.

Manakala calon pembangkang, Edmundo Gonzalez memenangi 44 peratus undi, walaupun pembangkang sudah meraikannya dan meminta penyokong untuk terus memantau pengiraan undi.

Kira-kira 21 juta rakyat Venezuela didaftarkan sebagai pengundi tetapi dianggarkan hanya sekitar 17 juta layak mengundi.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD