fb fb fb fb fb

China sokong peralihan secara demokrasi di Myanmar

Menteri Luar China, Wang Yi/ Foto REUTERS

CHIANG MAI, 16 Ogos- China akan menyokong peralihan demokrasi di Myanmar dan rancangan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap krisis yang sedang berlaku di negara Asia Tenggara itu, kata Menteri Luar Wang Yi pada Jumaat semasa lawatan ke Thailand.

Kenyataan itu dikeluarkan Wang sejurus selepas bertemu dengan ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing semasa lawatan ke negara berkenaan pada Khamis.

"China meneruskan komitmennya untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di Myanmar," katanya.

Media junta Myanmar pada Khamis berkata China telah menjanjikan sokongan teknikal dan bantuan untuk menjalankan bancian, diikuti dengan pilihan raya yang kini dirancang diadakan pada tahun depan.

Myanmar telah mengalami pergolakan politik sejak 2021 setelah pihak tentera menggulingkan kerajaan awam yang dipilih secara tiba-tiba sekali gus menamatkan langkah tentatif negara miskin itu ke arah menjadi demokrasi sepenuhnya.

Dalam pada itu, ketika menghadiri mesyuarat serantau, Wang turut menjelaskan bahawa China juga menyokong pelan damai yang dipersetujui oleh ASEAN yang dikenali sebagai "konsensus" lima perkara untuk menyelesaikan krisis di Myanmar.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD