fb fb fb fb fb

Pembangkang Moldova gesa kerajaan kukuhkan hubungan dengan Rusia dan China

Pemimpin pembangkang Moldova, Igor Dodon/Foto Reuters

CHISINAU, 2 Jun- Pemimpin parti pembangkang Moldova yang pro-Rusia menggesa agar kumpulan berkenaan menjalinkan hubungan baik dengan Rusia dan China sekali gus mencadangkan kumpulan lain untuk bersatu meletakkan seorang pencabar kepada Presiden negara tersebut yang pro-Eropah, Maia Sandu pada pilihan raya yang dijadualkan pada Oktober depan.

Sebelum ini, Sandu melihat Rusia sebagai ancaman terbesar yang perlu dihadapi oleh Moldova yang telah membuka jalan kepada Ukraine dan Romania bagi menyertai Kesatuan Eropah (EU). Keputusan Referendum keanggotaan baharu EU akan diumumkan pada Oktober.

Ketua Parti Sosialis berhaluan kiri Moldova, Igor Dodon berkata negara berkenaan telah mengabaikan sekutu lamanya dan pendirian Sandu yang pro-Eropah berisiko mengheret negara tersebut ke kancah konflik.

"Marilah kita kembali kepada normal dialog bersama rakan-rakan kita, Rusia, China dan negara lain.

"Ini adalah perkara yang sepatutnya kita lakukan", kata Dodon pada siaran dalam talian.

Menurut Dodon, Moldova tidak lagi sepatutnya mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan dengan rakan kongsi asing atau mengekalkan sejumlah besar pasukan tentera simpanan.

“Semua orang harus faham bahawa Moldova berpihak kepada keamanan dan tidak akan membiarkan diseret ke dalam perbalahan geopolitik kerana Ukraine", tambah Dodon.

Presiden Moldova, Sandu melihat keahlian EU untuk Moldova, salah satu negara termiskin di Eropah, sebagai cara terbaik untuk melindungi kedaulatannya dalam menghadapi apa yang dilihatnya sebagai ancaman kepada Rusia.

Sementara itu, tinjauan pendapat yang diterbitkan minggu ini meletakkan sokongan untuk Sandu pada 30% berbanding 18% untuk Dodon.

Tinjauan terbaharu itu mencadangkan Moldovan akan menyokong keahlian EU, dengan kira-kira 60% menyokong untuk menyertai blok berkenaan.

Parti-parti pembangkang seperti Sosialis dan Komunis pula melihat referendum itu sebagai helah bagi membantu Sandu bagi membida pemilihan semula.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD