fb fb fb fb fb

Kasparov bimbang jadi mangsa penganiayaan Rusia

Bekas Juara Catur dunia, Garry Kasparov/Foto REUTERS

LONDON, 2 Jun- Bekas Juara Catur Dunia, Garry Kasparov yang melarikan diri daripada Rusia sedakad lalu kerana bimbang dianiaya berkemungkinan berdepan kes jenayah di Moscow kerana melanggar undang-undang 'ejen asing' Kremlin, lapor agensi berita TASS pada Ahad.

Pegawai penguatkuasa undang-undang Rusia seperti dilaporkan agensi berita kebangsaan berkata terdapat pelbagai alasan atau sebab bagi mengenakan Kasparov tanpa memberikan butiran lanjut.

Kasparov yang dianggap sebagai pengkritik kerajaan paling lantang itu bakal berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda jika kes dimulakan, kata pegawai yang enggan namanya didedahkan.

Rusia telah menyenaraikan Kasparov ke dalam senarai individu yang berperanan sebagai ejen asing termasuk ribuan kritikan terhadap Presiden Rusia, Vladamir Putin selepas melancarkan operasi berskala besar bagi menakluki Ukraine pada 2022.

Menurut undang-undang, ejen asing adalah individu yang menerima sokongan negara luar dan ditakrifkan sebagai menerima pengaruh luar dan terlibat dalam aktiviti politik di Rusia

Undang-undang itu mendapat kritikan Kesatuan Eropah dan Washington memerlukan setiap individu yang dikenali sebagai berpengaruh dan mempunyai sokongan asing untuk berdaftar dengan Kementerian Undang-Undang Rusia dan menggelarkan mereka sebagai ejen asing.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD