fb fb fb fb fb

Pembangkang desak PM Greece adakan pilihan raya segera

ATHENS, 16 Januari- Greece akan mengadakan pilihan raya umum pada separuh pertama tahun ini.

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis menolak gesaan parti pembangkang untuk mengadakan pilihan raya segera.

"Pilihan raya akan berlangsung pada musim bunga atau bila-bila masa yang kami mahukan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut sumber kerajaan, pilihan raya yang dijadualkan pada Jun akan berlangsung selepas April.

Parti pembangkang mendesak peletakan jawatan perdana menteri dan mendapatkan penjelasan berhubung skandal pengintipan yang didakwa menyasarkan ahli politik, wartawan dan pemimpin perniagaan.- AFP


(Foto Facebook Kyriakos Mitsotakis)

Media Baharu