fb fb fb fb fb

Beijing dipenuhi hiasan, cahaya menjelang Festival Musim Bunga

BEIJING, 14 Januari- Ibu kota China, Beijing dipenuhi hiasan dan cahaya di sepanjang jalan menjelang Festival Musim Bunga, kira-kira seminggu lagi.

Pengarah Pejabat Pengiklanan Suruhanjaya Pengurusan Bandar Beijing Nan Bin berkata pihaknya menggunakan unsur-unsur ais, budaya dan teknologi bagi landskap tiga dimensi untuk festival tersebut.

“Pihak kami juga menyediakan kemudahan landskap dan hiasan berunsurkan zodiak, bendera berwarna-warni, tanglung, ais dan salji di jalan-jalan utama Beijing. Ini termasuk kawasan-kawasan tumpuan penduduk seperti taman, pintu masuk bangunan dan tempat sukan, sekali gus mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing," katanya di sini.

Bin berkata pihaknya juga menggunakan pelbagai teknologi seperti 5G untuk dipersembahkan kepada pengunjung.

Tambahnya, Pusat Pengurusan Pencahayaan Bandar Beijing memulakan projek pada 6 Januari dan memasang lebih 1,000 set tanglung dan lampu dalam masa enam hari sahaja.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu