fb fb fb fb fb

Rekodkan kematian hampir 60,000 dalam tempoh sebulan, China diminta WHO sediakan data COVID-19

(FOTO AFP)

BEIJING, 15 Januari-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru China supaya menyediakan lebih banyak data mengenai situasi Covid-19, selepas Beijing melaporkan hampir 60,000 kematian berkaitan Covid-19 di dalam tempoh lebih sebulan.

Ketua pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus membuat permintaan itu dalam perbualan dengan pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Ma Xiaowei.

Kenyataan WHO penyebut, beliau sekali lagi menegaskan, China perlu memberi kerjasama yang lebih baik dan telus.

Kerajaan China didakwa kurang melaporkan jumlah kematian sejak meninggalkan dasar sifar-Covid-19.

Hanya berpuluh-puluh kematian direkodkan secara rasmi pada Disember.

Namun, seorang pegawai Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan mengesahkan, China merekodkan 59,938 kematian berkaitan Covid-19 antara 8 Disember hingga 12 Januari.

Angka itu hanya merujuk kematian di hospital, dengan jumlah keseluruhan mungkin lebih tinggi.

Kenyataan WHO juga menyebut, ia sedang "menganalisis maklumat tersebut bagi membolehkan pemahaman yang lebih baik tentang situasi epidemiologi dan kesan gelombang itu di China.

WHO turut meminta agar maklumat terperinci terus dikongsi dengan organisasi serta orang ramai.

Dalam masa sama, WHO mengambil maklum terhadap usaha pihak berkuasa China untuk meningkatkan penjagaan klinikal di semua peringkat, termasuk penjagaan kritikal.


(FOTO AFP)

Media Baharu