fb fb fb fb fb

Lima maut dalam serangan Rusia di Dnipro

(FOTO AFP)

DNIPRO, 15 Januari-Serangan terhadap sebuah pangsapuri di bandar Dnipro, timur Ukraine, meragut sekurang-kurangnya lima nyawa dan mencederakan 39 yang lain.

Gabenor Dnipropetrovsk, Valentyn Reznichenko berkata demikian dalam mesej menerusi Telegram

Beliau turut menyiarkan gambar blok pangsapuri yang runtuh.

Peluru berpandu Rusia yang membedil Dnipro mencederakan tujuh kanak-kanak.

Seorang daripadanya cedera parah.

Peluru berpandu itu membedil pintu masuk bangunan sembilan tingkat, sehingga beberapa tingkat runtuh.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menerusi kenyataan di media sosialnya menegaskan, dunia perlu menghentikan kejahatan tersebut.


(FOTO AFP)

Media Baharu