fb fb fb fb fb

Lebih 10,000 aktivis bantah pembesaran lombong arang batu

LUTZERATH, 15 Januari- Polis Jerman bertempur dengan aktivis alam sekitar selepas mereka membantah pembesaran lombong arang batu di sini pada Sabtu.

Menurut jurucakap polis, kesemua mereka enggan meninggalkan kawasan dikepung itu.

"Polis terpaksa menggunakan meriam air terhadap penunjuk perasaan yang menggunakan kekerasan. Kesemua mereka mula beredar pada waktu petang," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tambahnya, lebih 10,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian membantah pembesaran lombong terbabit.

Sementara itu, penganjur, Birte Schramm mendakwa berpuluh-puluh aktivis telah cedera disebabkan meriam air dan gigitan anjing polis.

Tambah Schramm, terdapat juga aktivis yang cedera selepas dipukul polis.

Seorang aktivis Sweden, Greta Thunberg turut hadir di dusun berkenaan dan mengutuk tindakan terbabit.


(Foto AFP)

Media Baharu