fb fb fb fb fb

Pemain golf wanita Thailand kini nombor satu dunia

(FOTO AFP)

TOKYO, 1 November - Pemain golf remaja Thailand, Atthaya Thitikul muncul pemain nombor satu dunia kedua paling muda dalam sejarah golf wanita selepas tahun pertama menyertai Jelajah LPGA.

Thitikul, 19, yang menang dua kali dalam siri jelajah tahun ini dan mengumpul 12 penamat dalam kelompok 10 terbaik, mengatasi pemain Korea Selatan, Ko Jin-young.

Jin-young berada di ranking teratas sejak Januari tetapi cedera pergelangan tangan baru-baru ini dan terpaksa menarik diri daripa Kejuaraan Wanita BMW bulan lalu selepas dua pusingan.

(FOTO AFP)

Atthaya adalah pemain kedua di bawah usia 20 tahun berjaya menjadi pemain nombor satu, Lydia Ko dari New Zealand melakukannya keika berusia 17 tahun pada tahun 2015.

Ko kini berada di ranking ketiga dunia.

"Ini amat bermakna untuk pasukan saya, keluarga saya, penyokong saya dan diri saya sendiri. Ia adalah satu penghormatan untuk mempunyai nama saya di bahagian atas antara nama terbesar permainan. Sangat istimewa untuk mencapai puncak tetapi lebih sukar untuk mengekalkannya.

"Saya masih perlu banyak belajar daripada semua legenda dan pemain semasa sama ada di dalam dan di luar padang. Saya akan terus bekerja keras untuk keluarga saya, pasukan saya, peminat saya dan negara saya." kata Atthaya yang akan muncul sebagai nombor satu buat kali pertama di LPGA Japan Classic minggu ini.

Dia mendapat tempat keenam di Korea Selatan dua minggu lalu.

Atthaya sebelum ini mencatat sejarah dengan memenangi Kejuaraan Thailand 2017 ketika berusia 14 tahun.-AFP

Media Baharu