fb fb fb fb fb

50 negara kecam China kendali isu di Xinjiang

(FOTO FAIL AFP)

NEW YORK, 1 November - 50 negara mengecam tindakan Beijing yang didakwa melakukan pencabulan hak asasi manusia secara sistematik di wilayah Xinjiang.

Antara negara berkenaan ialah Amerika Syarikat (AS), Britain, Jepun, Perancis, Australia, Turkiye, Guatemala dan Somalia.

Kenyataan dibacakan Kanada ketika perbahasan Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB mengendalikan hak asasi manusia mengakui prihatin terhadap keadaan di China, terutama pencabulan berterusan hak asasi manusia terhadap etnik Uighur dan minoriti lain yang kebanyakannya beragama Islam di Xinjiang.

(FOTO FAIL AFP)

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) Ogos lalu menerbitkan laporan mengenai Xinjiang, memetik kemungkinan jenayah kemanusiaan terhadap Uighur dan minoriti Islam lain di wilayah barat.

Beijing yang menafikan dakwaan itu mendakwa pihaknya memerangi keganasan dan memastikan pembangunan wilayah berkenaan.

Kenyataan itu menyifatkan pelanggaran hak asasi manusia yang teruk dan sistematik tidak boleh dibenarkan atas dasar memerangi keganasan, selain khuatir China enggan membincangkan penemuannya, berpandukan penilaian OHCHR.

Mereka menggesa Beijing melaksanakan syor penilaian OHCHR termasuk mengambil langkah segera bagi membebaskan semua individu yang kebebasannya dirampas di Xinjiang.-AFP

Media Baharu