fb fb fb fb fb

AS rancang kenakan penalti cukai kepada syarikat minyak catat keuntungan besar

(FOTO FAIL AFP)

WASHINGTON, 1 November -Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden merancang untuk melaksanakan penalti cukai kepada syarikat minyak yang didakwa mengambil untung berlebihan.

Tindakan itu bagaimanapun tidak akan dilaksana jika mereka melaburkan keuntungan dalam inisiatif yang mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

(Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden / FOTO AFP)

"Mereka mempunyai tanggungjawab terhadap pelanggan, komuniti dan negara. Syarikat perlu melabur untuk meningkatkan pengeluaran.

"Mereka ada peluang untuk berbuat demikian bagi memastikan pengguna menikmati harga rendah. Sekiranya tidak, mereka perlu membayar lebih cukai atas keuntungan atau berdepan sekatan lain," kata Biden.

Amaran Biden itu dikeluarkan beberapa hari selepas syarikat minyak gergasi ExxonMobil dan Chevron melaporkan keuntungan luar biasa.

Berdasarkan laporan tersebut, dua syarikat minyak gergasi itu mendapat manfaat susulan pengukuhan industri selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.-AFP

Media Baharu