fb fb fb fb fb

Lelaki didakwa atas cubaan menculik, membunuh dan mencederakan Nancy Pelosi

(FOTO FAIL AFP)

SAN FRANCISCO, 1 November - Lelaki yang dituduh menyerang suami Speaker Dewan Rakyat AS, Nancy Pelosi didakwa pada hari Isnin atas percubaan membunuh dan cubaan menculik seorang pegawai awam.

Serangan itu digambarkan ketua pendakwa raya sebagai bermotifkan politik.

Suspek, David DePape dari California telah ditangkap pada awal pagi Jumaat selepas dia didakwa menceroboh masuk ke dalam rumah agam Pelosi di San Francisco, berniat untuk mengikat ahli politik berkuasa itu dan memecahkan tempurung lututnya dengan tukul.

(FOTO FAIL AFP)

"DePape mempunyai pita, tali, ikatan zip dan bahan lain bersamanya tetapi dia mendapati hanya suami Pelosi Paul, yang dia serang, memukul kepalanya dengan tukul," kata Jabatan Kehakiman.

Peguam Daerah San Francisco, Brooke Jenkins mengumumkan beberapa dakwaan negeri baharu yang dikaitkan termasuk "cubaan membunuh, pecah rumah kediaman, serangan dengan senjata maut, penderaan warga emas, pemenjaraan palsu serta ancaman kepada pegawai awam dan keluarga mereka.

"Jika disabitkan dengan tuduhan negeri, DePape akan menghadapi 13 tahun penjara seumur hidup," kata Jenkins.-AFP

Media Baharu