fb fb fb fb fb

Dua anak pikul ibu, daki bukit tunai hasrat saksikan fenomena bunga Neelakurinji

KERALA, 1 November- Dua orang anak sanggup memikul ibu mereka sambil mendaki bukit yang curam bagi memenuhi permintaannya menyaksikan fenomena luar biasa bunga Neelakurinji yang mekar hanya sekali dalam tempoh 12 tahun.

Elikutty Paul, 87 tahun, memberitahu salah seorang anak lelakinya bahawa dia ingin melihat bunga-bunga mekar yang jarang ditemui di daerah Idukki.

Tanpa berlengah, anak lelakinya Rojan dan Sathyan membawa Elikutty menaiki jip dan mengembara hampir 100 kilometer untuk sampai ke bukit Kallipara berhampiran Munnar.

Sebaik tiba, mereka menyedari tiada laluan yang boleh digunakan oleh kenderaan untuk sampai ke puncak bukit.

Tidak mahu mengecewakan ibunya, Rojan dan Sathyan memikul ibu mereka dan mendaki sejauh 1.5 kilometer ke puncak bukit untuk menyaksikan fenomena bunga Neelakurinji.

(Rojan dan Sathyan memikul ibu mereka, Elikutty Paul yang berhasrat untuk
menyaksikan fenomen bunga Neelakurinji / Foto India Times)

Neelakurinji merupakan bunga yang jarang ditemui di seluruh Ghats Barat dan mekar hanya sekali dalam 12 tahun di kawasan tertentu.

Media Baharu