fb fb fb fb fb

Peluru berpandu Israel sasar kedutaan Iran

Bendera Iran

WASHINGTON, 19 April- Israel menyasarkan peluru berpandu ke arah kedutaan Iran, lapor ABC News pada Khamis, namun negara berkenaan turut melancarkan serangan dron ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu.

Agensi berita Iran Fars berkata, letupan itu kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya tidak dapat dipastikan.

Beberapa tapak nuklear Iran terletak di wilayah Isfahan, termasuk Natanz, sebuah pusat program pengayaan uranium Iran.

Sementara itu beberapa penerbangan turut dialihkan ke ruang udara Iran, lapor CNN.

Pada hujung minggu, Iran melancarkan ratusan dron, dan peluru berpandu dalam serangan balas selepas serangan Israel di kedutaannya di Syria.

Kebanyakan dron dan peluru berpandu disasarkan ke wilayah Israel.

Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis bahawa Israel "mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang serangan ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan kita" kerana setiausaha agung PBB memberi amaran bahawa Asia Barat berada dalam keadaan bahaya tahap maksimum.

Israel telah berkata ia akan bertindak balas, terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran pada 13 April.

Bagaimanapun penganalisis dan pemerhati meluahkan kebimbangan mengenai risiko perang Israel-Gaza, merebak ke seluruh wilayah itu.

Serangan Israel ke atas Gaza bermula 7 Oktober lalu dan telah membunuh lebih 33,000 rakyat Palestin di Gaza, menurut kementerian kesihatan tempatan.

Kumpulan yang disokong Iran telah mengisytiharkan sokongan kepada rakyat Palestin, melancarkan serangan dari Lubnan, Yaman dan Iraq.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI