WASHINGTON, 19 April - Menteri Kewangan Jerman, Christian Lindner menolak cadangan Brazil bagi mengenakan cukai terhadap golongan kaya-raya dalam usaha bagi mendapatkan sokongan dalam kalangan anggota G20.
"Kami tidak fikir ia sesuai," katanya pada sidang akhbar bersama Presiden Bundesbank Joachim Nagel di Washington. "Kami mempunyai cukai pendapatan yang terbaik", katanya.
Brazil yang dilantik sebagai Ketua Kumpulan Dua Puluh (G20) menyasarkan untuk membina konsesus antarabangsa mengenai cukai kekayaan tahun ini.
Brazil turut mendesak untuk pengisytiharan bersama pada mesyuarat menteri kewangan dan bank pusat G20 pada bulan Julai.
Topik yang disebut dalam kenyataan bersama daripada kumpulan 20 ekonomi terbesar dunia memerlukan persetujuan semua negara anggota.
Sementara itu, Menteri Kewangan Brazil Fernando Haddad yang ditemui selepas pertemuan dengan Senator A.S. Bernie Sanders pada Khamis,berkata negara itu menyokong cadangan cukai berkenaan dan akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan cadangan berkenaan diterima.-REUTERS