fb fb fb fb fb

Harga minyak Asia melonjak lebih tiga peratus

FOTO HIASAN

HONG KONG, 19 April- Harga minyak melonjak lebih tiga peratus dalam dagangan awal Asia pada Jumaat berikutan laporan letupan di Iran, Syria dan Iraq sekali gus mencetuskan kebimbangan peningkatan krisis di Asia Barat.

West Texas Intermediate melonjak 3.66 peratus kepada AS$85.76 dan Brent naik 3.44 peratus kepada AS$90.11.

Hujung minggu lalu, Iran melancarkan serangan balas kepada Israel ekoran tindakan rejim Zionis menyerang Konsulat Iran di Damsyik, Syria pada 1 April.

Lebih 300 peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan, Tehran ke Israel.

Semuanya bermula apabila Israel melancarkan serangan udara terhadap konsulat Iran yang meruntuhkan bangunan itu serta menyebabkan tujuh anggota Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dilaporkan maut termasuk dua jeneral.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE