fb fb fb fb fb

NATO usahakan pertahanan udara untuk Ukraine - Stoltenberg

Foto hiasan

CAPRI, 19 April- Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sedang berusaha untuk menghantar lebih banyak sistem pertahanan udara ke Ukraine, kata Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg.

Kelewatan dalam memberikan bantuan sedemikian menjejaskan usaha Kiev untuk menentang serangan Rusia.

"Kami telah mengumpulkan data mengenai sistem pertahanan udara yang kami (NATO) ada dan memberi tumpuan kepada sistem Patriot.

"Dan kami bekerjasama dengan sekutu untuk memastikan mereka menempatkan semula beberapa sistem mereka ke Ukraine," katanya kepada pemberita di luar mesyuarat Menteri Luar G7 di Itali.

"Kami sedang mengusahakan kemungkinan lebih banyak bantuan ke Ukraine. Kami sedang berdialog dengan beberapa negara tertentu," kata Stoltenberg.

Menurut Stoltenberg, sistem pertahanan lain mungkin juga disediakan ke Ukraine, termasuk sistem peluru berpandu NASALS.

"Kelewatan dalam penghantaran pertahanan udara bermakna lebih banyak peluru berpandu Rusia akan disasarkan di Ukraine dan akan memberi kelebihan kepada Rusia," tambahnya.

Stoltenberg berkata mesyuarat Majlis NATO-Ukraine akan berlangsung pada Jumaat dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy dijangka mengambil bahagian secara maya.

"Saya digalakkan dengan komitmen dan keazaman oleh sekutu NATO untuk membela Ukraine," katanya kepada pemberita.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI