fb fb fb fb fb

Peluru berpandu Israel musnahkan bangunan kediaman di Lubnan

Foto AFP

BEIRUT, 23 November- Lima peluru berpandu Israel menyerang sebuah bangunan kediaman di tengah-tengah Beirut, hari ini.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan, sebuah bangunan kediaman lapan tingkat di kawasan Basta musnah sepenuhnya akibat serangan tersebut.

"Ibu kota Beirut dikejutkan dengan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan apabila tentera udara musuh (Israel) memusnahkan sepenuhnya sebuah bangunan kediaman di Jalan Al-Mamoun, kawasan Basta," lapor agensi itu.

Wartawan AFP turut melaporkan terdengar sekurang-kurangnya tiga letupan besar.

Serangan itu berlaku selepas sehari serangan bom di pinggir selatan ibu kota.

Jumaat lalu, serangan udara di selatan Beirut meranapkan sebuah bangunan 11 tingkat. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM