fb fb fb fb fb

Pelosi kutuk serangan Azerbaijan ke atas Armenia

TBILISI, 18 September- Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan Azerbaijan ke atas Armenia yang merupakan serangan terburuk sejak perang tercetus pada 2020.

Serangan tersebut disifatkan Pelosi sebagai satu pencerobohan terhadap kedaulatan Armenia.

Jelas beliau lagi, Amerika memandang serius perkara tersebut melihat ia sebagai ancaman terhadap proses perjanjian damai yang sedang diusahakan.

Pertempuran baharu yang tercetus di sempadan kedua-dua negara tersebut mengorbankan lebih 200 nyawa.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu,” kata Pelosi di samping Speaker Parlimen Armenia, Alen Simonyan, yang minggu lalu melahirkan rasa kurang senang dengan tindak balas pakatan tentera yang diketuai Rusia terhadap permintaan Yerevan untuk mendapatkan bantuan.

Pelosi yang menimbulkan kemarahan China berhubung lawatan ke Taiwan bulan lalu, berkata adalah jelas bahawa pertempuran sempadan dicetuskan oleh serangan Azerbaijan ke atas Armenia dan kronologi konflik itu harus dimaklumkan dengan jelas.-REUTERS


(Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi membuat pengumuman di Pusat Seni Cafesjian di Yerevan, Armenia/REUTERS)

Media Baharu