fb fb fb fb fb

Pelancaran peluru berpandu Korea Utara, AS kecam Majlis Tindakan PBB 'membatu'

FOTO AFP

NEW YORK, 21 Februari- Amerika Syarikat mengecam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berikutan tiada tindakan berhubung pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.

Peluru berpandu Korea Utara itu didakwa mampu membuat serangan senjata nuklear.

Duta Amerika ke PBB, Linda Thomas-Greenfield berkata dua anggota tetap iaitu China dan Rusia memaksa Majlis Keselamatan untuk berdiam diri walaupun terdapat banyak pelanggaran dilakukan Korea Utara berikutan terus melancarkan ujian peluru berpandu sejak 2022.

Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik antara benua sebagai amaran kepada latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Peluru berpandu yang dilancarkan ke arah timur semenanjung Korea itu dilaporkan jatuh ke dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif perairan Jepun.

Pelancaran berkenaan adalah bukti Korea Utara mempunyai kapasiti membuat serangan balas nuklear ke atas pasukan musuh.


(FOTO AFP)

Korea Utara sedang memantau dengan teliti tindakan Washington dan Seoul yang menempatkan lebih banyak aset strategik ke rantau tersebut.

Tindakan Korea Utara menguji puluhan peluru berpandu sejak dua tahun lalu mengancam keselamatan negara di Asia Timur.

Namun, Rusia menuding kepada latihan ketenteraan Amerika-Korea Selatan yang menyebabkan perkara itu berlaku.-REUTERS

 

Media Baharu