PARIS, 1 November -Pelakon Perancis-Turkiye Tcheky Karyo meninggal dunia pada usia 72 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ejen beliau, Elisabeth Tanner mengesahkan kepada dpa bahawa pelakon itu meninggal dunia pada Jumaat akibat kanser.
Karyo terkenal dengan peranannya dalam filem aksi thriller arahan Luc Besson pada 1990, La Femme Nikita.
Dilahirkan di Turkiye dan dibesarkan di Paris, Karyo memulakan kerjaya lakonannya di pentas teater sebelum mencipta nama dalam industri perfileman Perancis pada era 1980-an.
Sepanjang kerjaya yang menjangkau beberapa dekad, Karyo membintangi sekitar 80 filem dan beberapa siri televisyen.
Beliau meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi peranannya sebagai watak jahat dalam filem James Bond GoldenEye (1995) dan sebagai gangster dalam filem Bad Boys (1995) bersama Will Smith.
-BERNAMA