ISTANBUL, 1 November -Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayya, serta beberapa anggota lain, di sini pada Sabtu.
Pertemuan itu diadakan menjelang mesyuarat pada Isnin di Istanbul yang akan dihadiri oleh menteri luar negara-negara yang menyokong pelan Trump, termasuk Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Turkiye dan Arab Saudi.
Menurut Kementerian Luar Turkiye, Fidan dan anggota Hamas membincangkan keadaan gencatan senjata di Gaza serta keperluan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin.
Mesyuarat tersebut berlangsung ketika media Israel melaporkan bahawa mayat sebahagian daripada tiga individu yang diserahkan Hamas kepada Israel malam sebelumnya bukan milik mana-mana tawanan yang masih ditahan di Gaza. - REUTERS