fb fb fb fb fb

Pelajar Chongryon tiba di Pyongyang

Sekumpulan pelajar yang baru tamat pengajian dari Universiti Korea di bawah Persatuan Umum Penduduk Korea di Jepun (Chongryon) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang di Pyongyang/tangkap layar video REUTERS

PYONGYANG (Korea Utara), 28 Ogos - Sekumpulan pelajar dan guru dari Persatuan Am Penduduk Korea Chongryon, Jepun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang hari ini.

Lawatan ini melibatkan pelajar tahun akhir, namun butiran lanjut belum diumumkan.

Chongryon, yang ditubuhkan pada 1950-an dengan sokongan Parti Pekerja Korea Utara, adalah sebuah organisasi bagi etnik Korea yang tinggal di Jepun.

Ia menyediakan pendidikan dalam budaya dan bahasa Korea Utara.

Sekitar 500,000 etnik Korea tinggal di Jepun dimana mereka adalah keturunan buruh paksa dibawa semasa penjajahan Jepun dari 1910 hingga 1945. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN