fb fb fb fb fb

10 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel

Rakaman CCTV menunjukkan kenderaan tentera Israel bergerak di sepanjang jalan ketika mereka beroperasi di Jenin, di Tebing Barat hari ini/Foto REUTERS

NABLUS, 28 Ogos - Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan dan serbuan Israel di beberapa bandar di utara Tebing Barat menurut jurucakap Bulan Sabit Merah, hari ini.

Ahmed Jibril berkata, dua rakyat Palestin terbunuh di bandar Jenin, empat lagi di sebuah kampung berhampiran, dan empat lagi di kem pelarian dekat bandar Tubas.

Tambahnya, 15 orang lagi cedera.

Pihak berkuasa Palestin berkata, serangan udara rejim zionis Israel di Jenin dan Tulkarm pada dua hari lalu telah mengorbankan lima orang rakyatnya.

Keganasan di Tebing Barat meningkat dengan lebih daripada 640 rakyat Palestin terbunuh oleh tentera rejim Israel sejak 7 Oktober tahun lalu. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN