fb fb fb fb fb

Pelabuhan Odesa dibedil Rusia, angka kematian meningkat

Foto AFP

KIEV, 30 April- Serangan peluru berpandu Rusia ke atas bandar pelabuhan Odesa di Ukraine, meningkat kepada lima mangsa pada Selasa.

Rusia membedil bandar Laut Hitam pada Isnin, turut mencederakan puluhan lagi mangsa.

“Malangnya, jumlah mangsa dalam serangan peluru berpandu Rusia semalam ke atas Odesa meningkat kepada lima orang,” kata ketua wilayah Odesa, Oleg Kiper di media sosial.

Beliau berkata jumlah korban meningkat selepas seorang lelaki yang dilahirkan pada 1960 meninggal dunia di hospital.

Kiper berkata 23 orang yang cedera masih menjalani rawatan perubatan.

“Lapan dalam keadaan serius, empat daripadanya dalam keadaan sangat serius termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun."

"Doktor kami cuba melakukan yang terbaik," tambahnya.

Secara berasingan, ketua wilayah Kherson selatan berkata tembakan Rusia membunuh satu nyawa dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Rusia telah menyerang bandar-bandar Ukraine selama berbulan-bulan tanpa henti dan menyerbu bahagian hadapan di timur Ukraine menjelang ketibaan senjata penting AS ke Kiev.

Pencerobohan Moscow ke atas Ukraine telah berlarutan selama 26 bulan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM