(Sistem pertahanan udara Israel, Iron Dome memintas roket yang dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke arah Israel/AP)
BAITULMAQDIS, 21 April - Sekurang-kurangnya lima roket dilancarkan pejuang Palestin di Gaza ke kawasan diduduki Israel, pada awal pagi Khamis.
Ia sebagai tindak balas terbesar antara tentera rejim zionis dan pejuang Palestin di Gaza sejak perang 11 hari, pada tahun lalu.
Sebelum ini, AFP melaporkan roket pertama dilancarkan oleh pejuang Hamas dari Semenanjung Gaza.
Dakwaan itu susulan kejadian ketika puak nasionalis Yahudi menghampiri kawasan penduduk Islam di Kota Lama Baitulmaqdis.
Susulan roket pertama itu, Israel melancarkan serangan udara di Gaza.
(Peluru berpandu dari sistem pertahanan Israel, Iron Dome, yang bertujuan memintas roket kelihatan di langit Gaza/FOTO AFP)
Roket dilancarkan pejuang Hamas dari Gaza bagaimanapun dikatakan jatuh di laman rumah di bandar selatan Israel, Sderot, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Selepas itu, empat lagi roket dilancarkan dari Gaza.
Beberapa roket dilancarkan merupakan tindak balas terhadap Israel.
Photo caption: (Peluru berpandu dari sistem pertahanan Israel, Iron Dome, yang bertujuan memintas roket kelihatan di langit Gaza/FOTO AFP)