(Papan tanda memaparkan harga gas di stesen minyak Marathon di Washington pada 31 Mac 2022/AFP)
OTTAWA, 21 April - Rakyat Kanada membayar 6.7% lebih untuk barangan dan perkhidmatan pada Mac lepas berbanding setahun sebelumnya, kata agensi perangkaan kerajaan, menandakan kenaikan inflasi terbesar dalam tiga dekad.
Berikutan inflasi melebihi 5% pada Januari dan Februari, angka Mac mengatasi jangkaan pakar ekonomi dan mendorong ramalan kenaikan kadar faedah bank pusat yang besar tidak lama lagi.
"Adalah jelas bahawa Bank of Canada perlu terus bertindak 'secara paksa' untuk meredakan tekanan inflasi selanjutnya," kata penganalisis Desjardins Royce Mendes dalam nota penyelidikan.
Foto fail
Selepas kenaikan 50 mata asas dalam kadar pinjaman utama Bank of Canada beliau menjangkakan kenaikan 0.5 mata peratusan pada bulan Jun.
Statistik Kanada berkata, kenaikan inflasi adalah yang terbesar sejak negara itu memperkenalkan cukai penggunaan pada Januari 1991.
"Kenaikan harga pada Mac tersebar merentas semua kategori utama, di tengah-tengah tekanan menaik yang berterusan dalam pasaran perumahan serta kekangan bekalan yang besar dan konflik geopolitik, yang telah menjejaskan pasaran tenaga, komoditi dan pertanian," kata agensi itu dalam satu kenyataan. -AFP