fb fb fb fb fb

PBB turut kecam, sifatkan sikap Pyongyang membimbangkan

AMERIKA SYARIKAT, 12 Januari - Selepas Jepun dan Korea Selatan, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut senada mengecam keras Korea Utara kerana melancarkan ujian peluru berpandu balistik.

Badan dunia itu turut menyifatkan sikap Pyongyang sebagai membimbangkan dan mendesak kepimpinan republik itu mematuhi kewajipan antarabangsa.

"Kita sangat bimbang dengan ujian ini malah Setiausaha Agung PBB turut khuatir dengan perkembangan terbaru ini dan menyeru supaya kepemimpinan Korea Utara untuk kembali mematuhi peraturan di bawah resolusi Majlis Keselamatan dan meneruskan rundingan dengan pihak lain tentang situasi di Semenanjung Korea. Kita yakin dan percaya rundingan diplomatik sebagai satu-satunya cara untuk mencapai keamanan berpanjangan dan pengawalan senjata nuklear sepenuhnya di Semenanjung Korea." Kata Stephane Dujarric, Jurucakap PBB.

Pelancaran peluru berpandu terbaharu itu dikesan oleh Korea Selatan dan Jepun, semalam.

Korea Utara disifatkan mempamerkan aset pertahanannya dengan pelancaran itu ketika rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat masih buntu.

Ia adalah pelancaran kedua Pyongyang dalam tempoh seminggu selepas menguji peluru berpandu hipersonik, dalam ujian pertama.

Media Baharu