fb fb fb fb fb

PBB sambut baik perjanjian gencatan senjata, pembebasan tebusan di Gaza

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres/ REUTERS

NEW YORK, 9 Oktober - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyambut baik perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza pada Khamis, sambil menegaskan bahawa badan dunia itu bersedia untuk memberikan sokongan penuh.

“Pertubuhan Bangsa Bersatu sedia memberikan sokongan sepenuhnya. Kami dan rakan-rakan sudah bersiap sedia untuk bertindak sekarang,” katanya di ibu pejabat PBB, sambil menggesa akses penuh dan berterusan bagi petugas kemanusiaan di Gaza.

“Pasukan kami berada dalam keadaan siap siaga,” katanya.

Perjanjian itu, yang dimeterai Hamas dan Israel di Sharm el-Sheikh, Mesir, merangkumi gencatan senjata, pengunduran sebahagian pasukan Israel dari Gaza, pembebasan tebusan Israel oleh Hamas serta pertukaran dengan tahanan Palestin di penjara Israel.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan bahawa gencatan senjata akan berkuat kuasa selepas perjanjian berkenaan diratifikasi oleh kabinet keselamatan Israel pada Khamis.

Pengumuman perjanjian itu disambut dengan kegembiraan oleh rakyat Palestin dan Israel, sekali gus dilihat sebagai langkah terbesar ke arah keamanan sejak perang meletus pada Oktober 2023. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN