fb fb fb fb fb

PBB lulus perjanjian perangi jenayah siber

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis meluluskan perjanjian memerangi jenayah siber / Foto AFP

NEW YORK, 9 Ogos - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis meluluskan perjanjian memerangi jenayah siber walaupun mendapat tentangan hebat daripada aktivis hak asasi manusia yang memberi amaran mengenai ancaman berkaitan kawal selianya.

Selepas tiga tahun rundingan dijalankan dengan sesi terakhir diadakan di New York, sejak dua minggu lalu, negara anggota PBB meluluskan Konvensyen PBB Menentang Jenayah Siber secara konsensus.

Dokumen itu akan diserahkan kepada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengiktirafan dan diterima pakai secara rasmi.

Perjanjian baharu itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja ia telah disahkan oleh 40 negara anggota dan bertujuan untuk "mencegah dan memerangi jenayah siber dengan lebih cekap dan berkesan," terutamanya mengenai manipulasi penderaan seksual kanak-kanak dan pengubahan wang haram.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN